Saturday, August 7, 2010

Penyalahgunaan Dadah

NAMA : NURATIQAH BINTI IBRAHIM

NO.MATRIK : 207319

Umumnya kita semua mengetahui dadah itu pemusnah bangsa tetapi tahukah anda maksud dadah sebenarnya? Mengikut kamus Dewan ,istilah dadah boleh diertikan sebagai ubat - ubatan. Sekiranya pengertian ini diambil,maka rokok dan arak tidak termasuk dalam golongan dadah.Difinisinya ,dadah ialah apa-apa juga bahan kimia ,samaada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:-

* Opait

* Perangsang (stimulants)

* Penekanan (Depressants)

*Hallucinogen

*Ganja (Cannabis)


Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-


1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.


3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.


4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.


5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.


6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.


7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.


8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.


9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.


10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.


11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.


12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.


13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.



Diantara kelima-lima bahagian ini,dadah yang paling merbahaya dan banyak disalahgunakan ialah asli,candu,morfin,heroin,kodein dan ganja.



DADAH PENEKANAN



Seperti juga dadah lain, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Dari segi perubatan dadah ini digunakan sebagai ubat tidur. Seseorang itu biasanya menyalahgunakan dadah jenis ini untuk mendapat ketenangan, untuk tidur, untuk mengelakkan rasa sedih, melegakan ketegangan dan rasa terikat. Seseorang itu juga boleh jadi tidak sedarkan diri dan kadang-kala ia boleh membawa kepada kematian.Dadah ini akan diambil dalam jumlah yang banyak untuk mendapat kesan yang sama sebagaimana ia mula-mula diambil. Penggunanya akan mengalami simpton tarikan jika terputus bekalan dadah ini. Oleh itu, penagih terpaksa mengambil dadah ini secara berterusan.


HALUSINOGEN


Halusinogen ialah apa juga dadah atau bahan kimia yang boleh menyebabkan halusinasi atau khayalan yang boleh merosakkan jiwa manusia.Ia terdapat dalam bentuk asli dan sintetik yang mampu mengubah pencerapan deria rasa dan persepsi.Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah bagi penggunanya untuk membezakan yang benar dan sebaliknya. Dadah jenis ini juga boleh menghasilkan pengamatan rupabentuk yang berubah-ubah.Contohnya seseorang itu seolah-olah boleh melihat warna yang sangat terang, muzik didengar lebih bererti dan dapat melihat corak-corak yang lebih spontan. Dadah halusinogen seoerti LSD dan Mescaline contohnya memberi kesan ganjil kepada penggunanya seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkanya lebih bergantung kepada dadah secara psikologi.


DADAH NARKOTIK


Juga seringkali disebut sebagai opiat. Dalam perubatan ia digunakan untuk tujuan perubatan iaitu untuk menidurkan pesakit dan mengurangkan kesakitan serta berpotensi untuk menyebabkan ketagihan. Dadah jenis ini merupakan dadah yang paling banyak disalahgunakan. Ia boleh menjadikan seseorang itu berasa sangat berpuashati tetapi kadang-kadang kecewa dan pada masa yang sama perasaan takut dan bimbang akan hilang.Jika penggunanya ingin mencuba dadah jenis ini untuk kedua kali, ia mestilah di ambil dalam jumlah yang lebih banyak untuk mendapatkan kesan yang sama seperti pertama kali dadah itu diambil. Dadah itu diperlukan untuk bergerak secara normal. Jika dadah ini tidak diambil ia boleh menyebabkan simpton tarikan seperti muntah-muntah, tegang urat saraf, bersin, cirit-birit, seram sejuk, pitam dan kadang-kala boleh membawa maut.


DADAH PERANGSANG


Dadah perangsang ialah dadah yang boleh merangsang atau menggalakkan sistem saraf pusat dan aktiviti sistem saraf pusat. Ia adalah bahan kimia samada asli atau tiruan yang boleh merangsang otak manusia.Antara simpton y ang akan di hadapi oleh seseorang yang mengambil dadah jenis ini ialah dia menjadi lebih suka untuk bercakap dengan lebih bertenaga dan gembira, kurang keinginan untuk tidur, lebih yakin dan menjadi lebih besar hati. Para pelajar sering mengambil dadah jenis ini supaya mereka dapat belajar dengan lebih tekun. Penyalahgunaan dadah seperti ini jika selalu diambil akan menjadikan mudah keliru dan mudah pitam.


PENYALAHGUNAAN DADAH PERANGSANG


Dadah perangsang sering digunakan untuk mendapatkan rasa percaya kepada diri-sendiri, rasa berkuasa, segar, besar dan untuk menghilangkan rasa penat dan lain-lain. Bahan kimia psikoaktif ini akan merangsang semua aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat beberapa jenis dadah perangsang yang sangat kerap digunakan iaitu :


1. Amfetamin

2. Kokain

3. Kafein

4. Nikotin

5. Chat


AMFETAMIN


Amfetamin mula dihasilkan pada tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Amfetamin adalah dadah yang paling berkesan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang. Nama-nama lain bagi dadah jenis Amfetamin ialah ‘Speed’, "Pep-pill’, Dexies, Crosswords, Hearts, Co-pilot, ‘A’, ‘B’ dan sebagainya.Dadah ini boleh memberikan kesegaran kepada seseorang itu, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat.Untuk seseorang yang menghadapi masalah kegemukan, dadah Amfetamin boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Sebenarnya inilah kebanyakan tujuan mengapa dadah jenis ini sering disalahgunakan. Mereka selalunya mengambil dadah ini secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.

Pengambilan dadah jenis Amfetamin memberi kesan buruk kepada penggunanya. Pengambilnya boleh menjadi gila dan kemungkinan akan mati akibat pendarahan yang sering berlaku dalam otak.Dadah Amfetamin sangat digemari oleh para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan dan juga ahli sukan supaya mereka menjadi lebih cergas dan bertenaga.

Amfetamin boleh didapati dalam bentuk cecair dan kapsul.


KESAN PENGGUNAAN AMFETAMIN


Di antara kesan penggunaan Amfetamin ialah :


• Pengambilan amfetamin boleh memberi keyakinan kepada penggunanya di samping menjadi lebih bertenaga dan cergas. Dos Amfetamin yang diambil secara sederhana boleh menghalang keletihan, mewujudkan rasa percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira. Tetapi bagi orang-orang tertentu pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.


• Jika Amfetamin diambil dalam jumlah yang kecil, ia akan mewujudkan keadaan yang dipanggil euforia. Sebaliknya jika diambil dalam jumlah yang banyak ia akan memberi keseronokkan yang berlebihan.


• Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti :


1. Menggeletar

2. Resah gelisah

3. Tidak boleh tidur

4. Tidak rasa lapar

5. Rasa ghairah


• Mereka yang ketagih Amfetamin berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga.


BAHAYA-BAHAYA AMFETAMIN


Di antara risiko-risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengambil Amfetamin ialah :


• Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar Amfetamin. Penagih akan mengalami paranoia dan takut terhadap orang lain. Pada tahap ini, pengguna mungkin menjadi ganas.


• Penagih yang kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 hingga 12 bulan selepas berhenti menggunakan Amfetamin.


• Pengambilan Amfetamin yang teruk dan berlanjutan akan menyebabkan wujud tanda-tanda yang menyerupai ‘ skizofrenia paranoid’ yang bahayanya seperti berikut :



a. Risiko diserang demam paru-paru

b. Mendapat sakit darah tinggi dan sakit jantung

c. Letih lesu dan kekurangan zat makanan kerana tidak makan

d. Kerosakan otak yang berkekalan


KOKAIN


JENIS-JENIS KOKAIN



• Daun Koka

• ‘Paste’ koka ( Koka Paste)

• Kokain

• Kokain ‘Freebase’

• Kokain ‘Crack’


BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN



• Pengambil dadah ini akan mengalami kemabukan dan kekeliruan.


• Urat saraf akan keletihan selama beberapa hari akibat pengambilan kokain yang banyak. Pengguna juga akan mengalami gangguan tidur dan lupa tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihannya.


• Psikosis kokain akan berlaku iaitu sejenis penyakit jiwa yang serius seperti skikofrenia. Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan.


• Risiko kematian yang tingi kerana pernafasan terhenti.


KESIMPULAN



Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseirang tanpa pengawasan pihak perubatan. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan gejala-gejala yang tidak diingini yang baleh membinasakan manusia. Jika diteliti dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan rasa sakit, untuk mendapatkan rasa segar, mengelakkan letih, mengelakkan tekanan hidup, untuk melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam dadah terdapat bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan pergantungan hidup kepada dadah. Sebagai racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh membawa maut. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya.

Jenayah Ragut

NAMA : FARIZA BINTI OMAR

NO MATRIK : 207305

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah ini semakin berleluasa. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang pesat membangun. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak member kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.



Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Selain itu, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut, dan sebagainya. Pada zaman ini, ekonomi yang semakin merosot menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Selain itu, kadar pengangguran juga semakin meningkat sedangkan taraf hidup semakin tinggi. Hal ini menyebabkan ramai penganggur mengambil jalan mudah dengan menjadikan ragut sebagai batu loncatan bagi memenuhi keperluan hidup. Di samping itu, dadah yang semakin popular di kalangan remaja merupakan punca berlakunya jenayah. Penagih yang menagih akan melakukan jenayah ragut untuk mendapatkan wang dan membeli dadah daripada pembekalnya. Kadang kala penagih juga mampu bertindak di luar jangkaan seperti menikam ibu sendiri atau sanggup membunuh mangsa yang di ragutnya.



Menurut akhbar Harian Metro Sabtu,17 Julai 2010, berita sensasi yang menggemparkan seluruh dunia dengan tindakan berani pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UITM), memecut laju motosikalnya sejurus diragut bukan sahaja berjaya menangkap penjenayah terbabit, malah membantu polis menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan ragut di sekitar daerah ini. Berita ini telah menunjukkan kejadian ragut yang semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat sekeliling. Kejadian ini, telah menjadi tumpuan semua pihak dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan situasi yang melanda negara ini.




Sejak dahulu, masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun adakalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kesan daripada kejadian ragut masyarakat menjadi semakin huru-hara akibat daripada kejadian yang semakin berleluasa yang membimbangkan masyarakat sekarang. Selain itu juga, kes-kes jenayah di negara ini semakin meningkat.Di sebabkan,ramai pelancong asing yang menjadi mangsa ragut,imej negara tercemar di mata dunia.
Memandangkan kes semakin meruncing,kuatkuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatory bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.
Selain itu, Polis Kuala Lumpur mewujudkan operasi berkonsepkan ‘kepolisian agresif’ dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara. Untuk mengatasi jenayah ragut ini,kaum wanita haruslah belajar seni mempertahankan diri untuk melindungi diri daripada jenayah ragut.
LANGKAH-LANGKAH
1)Memerhatikan sekeliling anda semasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi. 2)Memerhatikan orang yang disyaki dengan memakai topi keledar,cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka. 3)Jika terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi, seharusnya ditemani oleh orang yang dikenali.
Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia(UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.
“BERPEGANGLAH KEPADA PEPATAH, BERJIMAT SEBELUM HABIS, BERINGAT SEBELUM KENA”

Gejala buli


NAMA:SYUHADA BINTI MOHD SUWARDI

NO.MATRIK:207313


GEJALA BULI
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.




Faktor mengapa mereka membuli:
 * Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
* Mereka pernah menjadi mangsa buli.
* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
* Akibat perceraian ibu bapa.
* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
* Sekadar mahu berseronok.
* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI
1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. 

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

Gejala Pembuangan Bayi

NAMA:NURUL SYAZWANI BINTI MOHD RUSLAN

NO.MATRIK:207335

Gejala pembuangan bayi adalah di kategorikan sebagai satu jenayah yang kejam.Ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini.Kelazimannya gejala ini berlaku dalam kalangan remaja.Mereka yang mengandung luar nikah ini terpaksa membuang bayi kerana mereka terdesak,tidak mampu menanggung malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Faktor-faktor terjadinya gejala ini adalah disebabkan oleh pergaulan bebas lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dan mereka memandang enteng kepada faktor ini.Seterusnya mereka yang kurang pendidikan agama yang tidak mengetahui halal dan haram dalam pergaulan bebas.Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah remaja yang lebih suka berseronok dan mereka sanggup melakukan penzinaan sesuka hati.Dengan berlakunya faktor-faktor tersebut,mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Semata-mata untuk menyembunyikan perbuatan dusta itu daripada keluarga.Maka terjadilah satu kes iaitu kes pembuangan bayi.


Sumber akhbar melaporkan bahawa,kadar kematian bayi adalah lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna.Sekaligus akan memberi impak kepada si ibu seperti kehilangan banyak darah dan mengalami gangguan emosi yang kritikal.Kerajaan juga telah menubuhkan Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia iaitu kepada sesiapa yang membuang bayi,mereka akan dijatuhkan hukuman iaitu penjara 20 tahun.

Masalah ini dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap remaja dalam golongan masyarakat.Masyarakat seharusnya mengambil peduli tentang gejala ini dan tidak semata-mata menunding jari sahaja terhadap golongan remaja.Sekiranya seseorang remaja yang sudah mampu untuk berkahwin,maka berkahwinlah dengan cara yang sah dan islam juga melarang menjalinkan hubungan seks sebelum berkahwin.Kerajaan Malaysia juga memandang kritikal berkenaan dengan gejala ini.Kerajaan juga berusaha membanteras serta mewujudkan kempen-kempen untuk memupuk sifat penyayang dalam diri masyarakat.Maka amat bersesuaian dengan tema yang dibuat oleh kerajaan iaitu ‘Kami Prihatin’.

Thursday, August 5, 2010

Gejala homoseksual

NAMA:NORSYAHIRAH BINTI ABD RAHIM

NO.MATRIK;207307

Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Rakan-rakan atau saudara mara homoseksual mungkin tidak bersedia untuk berkongi kecenderungan seks mereka dengan yang tersayang kerana takut dibuang keluarga atau dihakimi. Mereka mungkin menderita dalam diam. Homoseksualiti bukanlah satu penyakit. Rakan-rakan pondan kita mungkin orang yang paling disalah ertikan dalam satu kumpulan. Masyarakat kita juga kini lebih bersifat terbuka dalam menerima homoseksual.


Menurut seorang Profesor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara semenanjung Malaysia berkata, perlakuan seks homoseksual atau gay merupakan isu yang sensetif dan masih dianggap ‘rahsia terdedah’ kerana pendedahan secara terbuka mungkin akan menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat.

Perlakuan yang digambarkan meletakkan status homoseksual atau gay sebagai sesuatu yang tidak normal, ganjil, pelik lagi mengaibkan dalam latar budaya tempatan dan menyimpang jauh daripada norma-norma dan fitrah seorang manusia,” katanya.Homoseksual atau gay merupakan konsep yang menjurus secara langsung kepada aspek psikososial dimana rangkuman dari sudut psikologi dan sosial. Isu homoseksual semakin menjadi fenomena sosial di Malaysia, dengan timbulnya masalah masyarakat yang dirujuk sebagai gejala sosial sewaktu ledakan ekonomi negara pada dekad 90-an yang lalu, homoseksual semakin ketara didedahkan oleh media terutamanya daripada akhbar harian, akhbar tabloid dan majalah popular berbahasa Melayu. Kesedaran tentang gejala homoseksual atau gay di kalangan masyarakat Malaysia masih mengelirukan dan tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan tersebut.Ramai yang menyangka gejala yang berlaku melibatkan perlakuan seksual sejenis, sebenarnya perlakuan tersebut lebih daripada itu.

Perbentukan identiti seksual homoseksual juga diakui berlaku mengikut beberapa tahap yang membabitkan tahap kekeliruan, tahap perbandingan identiti, tahap toleransi identiti, tahap penerimaan identiti, tahap kebanggaan identiti dan tahap sintesis identiti.Masalah homoseksual atau gay berlaku disebabkan oleh masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina. Gejala homoseksual atau gay dipercayai bermula di sekolah berasrama, institusi pengajian tinggi, kem-kem tentera dan kemudian terus diamalkan setelah bekerja, kelompok yang terbabit ini dikenali sebagai sitvational homoseksual.

Perlakuan sumbang perhubungan sejenis ini wajar dibendung malah mereka perlu dibimbing, mereka yang mengalami masalah kesihatan dari segi ‘kejiwaan’, perlu dirawat, dipulihkan dengan menggunakan pendekatan kerohanian dan psikoterapi.Pendidikan akhlak dan ilmu agama perlu dipertingkatkan supaya tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan moral, dan kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan jangan berasa malu untuk meluahkan kepada individu yang dipercayai, dan dapatkan sesi kaunseling dari kaunselor-kaunselor yang bertauliah untuk mencurahkan masalah mereka.

Tuesday, August 3, 2010

Samseng Jalanan

NAMA : POH PEI MI

NO.MATRIK : 206679


Samseng jalanan ‘ telah menggantikan istilah Mat Rempit bagi menggelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Pakar Psikiatari terkenal,Prof Mohamad Hussain Habil mencadangkan langkah yang pertama agar hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai ‘ Mat Rempit ’ bagi mengatasi masalah itu . Prof Mohamad Hussain,yang menerajui Jabatan Psikiatari UniversitI Malaya berkata,sebenarnya remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label ‘ Mat Rempit ’ yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat kepada kegiatan mereka.





Samseng jalanan merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh mereka tidak memenuhi piawai,ataupun telah diubah suai,malah ada yang juga tidak mempunyai lesen sah dan menaiki motosikal curi.Ia merupakan satu gejala sosial remaja yang hangat di Malaysia sekarang.Samseng jalanan biasanya berkumpulan dan akan berlumba atau beraksi di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Di Kuala Lumpur jalan yang terkenal ialah Jalan Raja Laut,Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya samseng jalanan yang menjadi semakin hangat di negara kita.Salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini iaitu naiwaitu diri.Perasaan keinginan diri remaja terutamanya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.Hal ini disebabkan remaja menganggap aksi-aksi tersebut sangat bergaya dan ia dapat menarik perhatian orang ramai.Teknik menunggang juga menjadi tarikan kepada remaja untuk mencuba kerana semakin bahaya,semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara.Teknik-teknik itu seperti wili,baring,berdiri dan sebagainya.



Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa pengaruh rakan sebaya dan kekurangan kasih sayang daripada keluarga juga merupakan punca-punca remaja terlibat dalam gejala sosial ini.Pengaruh rakan sebaya sering berlaku apabila mereka dicabar.Remaja akan mengikut segala ajakan,permintaan dan arahan rakan sebaya dan mereka tidak mampu menolaknya.Ini berlaku disebabkan sekiranya mereka ingkar dengan kehendak tersebut,mereka akan diketepikan oleh kumpulan tersebut.Selain itu,mereka turut bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat ‘hadiah’ berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan.



Sejajar dengan itu,kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang,maka mereka sering terikut-ikut dengan tingkah laku rakan dan mereka sering bertindak secara melulu.Seperti yang diketahui,dalam dunia yang semakin mementingkan material,ibu bapa terlalu ghairah memburu kekayaan,kuasa atau taraf sosial dan jarang dapat meluangkan masa untuk mendampingi anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan pejabat atau hal peribadi.Oleh itu,anak-anak tersebut akan melepaskan tekanan dengan melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti terlibat dalam perlumbaan haram.



Langkah yang boleh diambil bagi membanteras gejala lumba haram ialah sering melancarkan operasi secara besar-besaran oleh polis trafik.Pemeriksaan yang lebih giat dan ketat boleh dilakukan pada tempat-tempat yang sering diaksi atau berlumba oleh samseng jalanan.Polis Diraja Malaysia(PDRM) turut boleh menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi membanteras gejala samseng jalanan yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini.



Di samping itu,kerajaan juga perlu menguatkuasakan lagi undang-undang dan peraturan jalan raya ataupun meminda Akta Pengangkutan Jalan yang sedia ada.Sebagai contoh hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun dan ini tidak mampu menyedarkan mereka.Oleh itu,cadangan bagi meminda Akta tersebut kepada hukuman penjara mandatori bagi samseng jalan raya supaya gejala sosial ini dapat dikurangkan.Kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia dalam kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini.



Sebagai konklusi,semua pihak memainkan peranan penting dan perlu duduk semeja dan menggembleng tenaga bagi menangani masalah samseng jalanan tersebut.Selain daripada mengenakan tindakan tegas ke atas samseng jalanan,tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini.Kita perlu mengetahui bahawa masalah ini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak.Jadi kita perlu mengetahui bahawa ‘Apalah ertinya jika negara maju membangun,sedangkan kualitinya hidup bermasyarakat menyonsong arus pembangunan. Apalah maknanya pemodenan,sekiranya nilai-nilai murni sebagai peradaban bangsa tidak diletakkan seiring dengan agenda Negara.’









 
SUMBER MAKLUMAT : (INTERNET)

Masalah Remaja kini

NAMA: NIK FATHIYYATUN NAJWA BT NIK IBRAHIM

NO. MATRIK : 207304

Remaja lari dari rumah bukan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.


Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini.

Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.

Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka. .

Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.

Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini