Tuesday, August 3, 2010

Samseng Jalanan

NAMA : POH PEI MI

NO.MATRIK : 206679


Samseng jalanan ‘ telah menggantikan istilah Mat Rempit bagi menggelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Pakar Psikiatari terkenal,Prof Mohamad Hussain Habil mencadangkan langkah yang pertama agar hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai ‘ Mat Rempit ’ bagi mengatasi masalah itu . Prof Mohamad Hussain,yang menerajui Jabatan Psikiatari UniversitI Malaya berkata,sebenarnya remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label ‘ Mat Rempit ’ yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat kepada kegiatan mereka.





Samseng jalanan merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh mereka tidak memenuhi piawai,ataupun telah diubah suai,malah ada yang juga tidak mempunyai lesen sah dan menaiki motosikal curi.Ia merupakan satu gejala sosial remaja yang hangat di Malaysia sekarang.Samseng jalanan biasanya berkumpulan dan akan berlumba atau beraksi di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Di Kuala Lumpur jalan yang terkenal ialah Jalan Raja Laut,Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya samseng jalanan yang menjadi semakin hangat di negara kita.Salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini iaitu naiwaitu diri.Perasaan keinginan diri remaja terutamanya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.Hal ini disebabkan remaja menganggap aksi-aksi tersebut sangat bergaya dan ia dapat menarik perhatian orang ramai.Teknik menunggang juga menjadi tarikan kepada remaja untuk mencuba kerana semakin bahaya,semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara.Teknik-teknik itu seperti wili,baring,berdiri dan sebagainya.



Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa pengaruh rakan sebaya dan kekurangan kasih sayang daripada keluarga juga merupakan punca-punca remaja terlibat dalam gejala sosial ini.Pengaruh rakan sebaya sering berlaku apabila mereka dicabar.Remaja akan mengikut segala ajakan,permintaan dan arahan rakan sebaya dan mereka tidak mampu menolaknya.Ini berlaku disebabkan sekiranya mereka ingkar dengan kehendak tersebut,mereka akan diketepikan oleh kumpulan tersebut.Selain itu,mereka turut bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat ‘hadiah’ berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan.



Sejajar dengan itu,kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang,maka mereka sering terikut-ikut dengan tingkah laku rakan dan mereka sering bertindak secara melulu.Seperti yang diketahui,dalam dunia yang semakin mementingkan material,ibu bapa terlalu ghairah memburu kekayaan,kuasa atau taraf sosial dan jarang dapat meluangkan masa untuk mendampingi anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan pejabat atau hal peribadi.Oleh itu,anak-anak tersebut akan melepaskan tekanan dengan melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti terlibat dalam perlumbaan haram.



Langkah yang boleh diambil bagi membanteras gejala lumba haram ialah sering melancarkan operasi secara besar-besaran oleh polis trafik.Pemeriksaan yang lebih giat dan ketat boleh dilakukan pada tempat-tempat yang sering diaksi atau berlumba oleh samseng jalanan.Polis Diraja Malaysia(PDRM) turut boleh menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi membanteras gejala samseng jalanan yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini.



Di samping itu,kerajaan juga perlu menguatkuasakan lagi undang-undang dan peraturan jalan raya ataupun meminda Akta Pengangkutan Jalan yang sedia ada.Sebagai contoh hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun dan ini tidak mampu menyedarkan mereka.Oleh itu,cadangan bagi meminda Akta tersebut kepada hukuman penjara mandatori bagi samseng jalan raya supaya gejala sosial ini dapat dikurangkan.Kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia dalam kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini.



Sebagai konklusi,semua pihak memainkan peranan penting dan perlu duduk semeja dan menggembleng tenaga bagi menangani masalah samseng jalanan tersebut.Selain daripada mengenakan tindakan tegas ke atas samseng jalanan,tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini.Kita perlu mengetahui bahawa masalah ini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak.Jadi kita perlu mengetahui bahawa ‘Apalah ertinya jika negara maju membangun,sedangkan kualitinya hidup bermasyarakat menyonsong arus pembangunan. Apalah maknanya pemodenan,sekiranya nilai-nilai murni sebagai peradaban bangsa tidak diletakkan seiring dengan agenda Negara.’









 
SUMBER MAKLUMAT : (INTERNET)

No comments:

Post a Comment