NAMA:NURUL SYAZWANI BINTI MOHD RUSLAN
NO.MATRIK:207335
Gejala pembuangan bayi adalah di kategorikan sebagai satu jenayah yang kejam.Ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini.Kelazimannya gejala ini berlaku dalam kalangan remaja.Mereka yang mengandung luar nikah ini terpaksa membuang bayi kerana mereka terdesak,tidak mampu menanggung malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.
Faktor-faktor terjadinya gejala ini adalah disebabkan oleh pergaulan bebas lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dan mereka memandang enteng kepada faktor ini.Seterusnya mereka yang kurang pendidikan agama yang tidak mengetahui halal dan haram dalam pergaulan bebas.Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah remaja yang lebih suka berseronok dan mereka sanggup melakukan penzinaan sesuka hati.Dengan berlakunya faktor-faktor tersebut,mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Semata-mata untuk menyembunyikan perbuatan dusta itu daripada keluarga.Maka terjadilah satu kes iaitu kes pembuangan bayi.
Sumber akhbar melaporkan bahawa,kadar kematian bayi adalah lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna.Sekaligus akan memberi impak kepada si ibu seperti kehilangan banyak darah dan mengalami gangguan emosi yang kritikal.Kerajaan juga telah menubuhkan Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia iaitu kepada sesiapa yang membuang bayi,mereka akan dijatuhkan hukuman iaitu penjara 20 tahun.
Masalah ini dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap remaja dalam golongan masyarakat.Masyarakat seharusnya mengambil peduli tentang gejala ini dan tidak semata-mata menunding jari sahaja terhadap golongan remaja.Sekiranya seseorang remaja yang sudah mampu untuk berkahwin,maka berkahwinlah dengan cara yang sah dan islam juga melarang menjalinkan hubungan seks sebelum berkahwin.Kerajaan Malaysia juga memandang kritikal berkenaan dengan gejala ini.Kerajaan juga berusaha membanteras serta mewujudkan kempen-kempen untuk memupuk sifat penyayang dalam diri masyarakat.Maka amat bersesuaian dengan tema yang dibuat oleh kerajaan iaitu ‘Kami Prihatin’.
No comments:
Post a Comment