Monday, August 2, 2010

Jenayah Rumahtangga

NAMA : MASNIZA BINTI MOHD NASIR

NO MATRIK :206716

Keganasan rumah tangga merupakan suatu tindakan yang mempunyai niat mencederakan atau membunuh orang lain.Manakala takrif keganasan rumahtangga menurut Akta Keganasan Rumahtangga 1994 pula ialah suatu tindakan menyebabkan kecederaan, penderaan seksual, meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan dan kerosakan harta benda.Antara penderaan yang dilakukan penjenayah ialah penderaan fizikal dan mental, pencabulan, penganiayaan dan pembunuhan.Perlakuan ini telah melanggar perundangan negara serta hak asasi manusia.Lazimnya sebanyak 80% kes keganasan rumahtangga menyebabkan kecederaan fizikal.

Mangsa keganasan rumahtangga ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang bergelar isteri atau suami mahupun anak-anak.Mangsa penderaan rumahtangga boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri yang dispesifikasikan.Mereka adalah mangsa jenayah rumahtangga jika penderaan yang dilakukan oleh suami atau isteri yang melibatkan penderaan mental.Ciri kedua ialah mereka sering dipukul sehingga menyebabkan kecederaan.Selain itu pasangan mereka pernah melakukan cubaan untuk membunuh anda atau terdapat penyataan niat untuk membunuh dan mempunyai tanda-tanda yang kuat untuk membunuh mereka. Mengambil harta secara paksa atau tanpa pengetahuan.Perkara ini basanya dialami oleh kaum isteri.Anak yang dirogol iaitu kejadian sumbang muhrim, atau anak yang di bawah umur dibiarkan tanpa penjagaan orang dewasa.

Jenayah ini terbahagi kepada tiga iaitu jenayah terhadap suami, jenayah terhadap isteri

dan jenayah terhadap anak-anak.Terdapat pelbagai faktor yang boleh mendorong kepada kegiatan jenayah jenis ini.Faktor utama ialah personaliti ibubapa.Mereka suami atau isteri kurang bersedia menghadapi tanggungjawab.Misalnya jenayah penganiayaan terhadap isteri atau anak.Ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna, penagihan dadah, arak dan kaki judi.Sifat tidak dapat menahan nafsu dan perasaan seperti jenayah sumbang muhrim.Isteri yang kuat berleter dan banyak mulut juga merupakan antara faktor jenayah ini terjadi.Kedudukan kewangan yang tidak kukuh juga boleh menjadi punca kapada jenayah rumah tangga kerana akan menyebabkan suami tertekan dan seterusnya melepaskan perasaan dengan memukul isteri atau anak.Suami yang ego iaitu isteri dan anak-anak harus mendengar kata-katanya, ketidakpuasan dalam hubungan kelamin serta keadaan fizikal anak dan isteri yang lemah dan tidak upaya mudah untuk dianiya.

Antara faktor lainnya ialah personaliti anak itu sendiri.Tabiat anak yang kerap menangis dan nakal, anak berpakaian kurang sopan di hadapan ahli kelaurga lain boleh menyebabkan ibu bapa hilang pertimbangan dan seterusnya berlaku penderaan.Walaupun pada dasarnya mereka hanya mahu mengajar anak, namun perbuatan yang berlebihan akan menyebabkab ia dianggap penderaan.Anak-anak diasuh oleh orang lain kadang-kala akan menunjukkan rasa benci pada ibubapa.

Selain itu, campur tangan keluarga antara faktor berlakunya kejadian jenayah rumahtangga.Jiwa suami, isteri atau anak yang tertekan boleh melakukan perkara jenayah seperti membunuh, mendera dan sebagainya.Kaum wanita takut untuk tampil memberi laporan kerana berkemungkinan akan menghadapi tekanan sosial dari masyarakat, takut akan ancaman suami dan keluarga, risau jatuhkan maruah suami dan keluarga serta masalah kewangan.Tiada sesiapa yang akan memberi nafkah jika suami mereka tertangkap atau takut diceraikan.Masyarakat yang kurang prihatin akan menyebabkan jenayah rumahtangga seseorang itu berterusan kerana Si penjenayah tidak dikenakan sebarang tindakan.Mereka akan meneruskan perbuatan tersebut dengan berani.Hubungan kekeluargaan yang renggang dan sifat tidak mengambil tahu akan perihal anak mereka akan menyebabkan penderaan tidak dapat dikesan dengan segera.

Implikasi kejadian ini akn menyebabkan mangsa penderaan mengalami gangguan emosi dan mental,mereka kurang upaya gembirakan diri dan sentiasa merasa bersalah.Mangsa tidak dapat merasa kasih sayang daripada individu yang sepatutnya melindungi mereka dan akan sentiasa merasa harga diri mereka rendah.Perkembangan mental mangsa khasnya kanak- kanak akan terencat.Peringkat paling teruk ialah percubaan untuk membunuh diri atau hilang ingatan.

Kesan Fizikal yang boleh dilihat dari luaranialah terdapat lebam, luka-luka, pendarahan dan parut-parut.Pembantutkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak serta mereka tidak mementingkan kesihatan diri dan keadaan fizikal kurang teratur.Manakala hubungan interaksi dengan orang lain akan terhakis dan seterusnya menjadi pendiam.mereka akan sentiasa merasa syak dengan orang lain.Pada peringkat yang teruk, mangsa akan cuba melarikan diri.Daripada seorang yang periang. Mereka akan bertukar karekter menjadi seorang yang sensitif dan sentiasa berada dalam kemurungan.Terdapat juga individu itu berubah menjadi pemarah dan cuba menjauhkan diri dari berinteraksi dan mengelakkan diri dari berjumpa orang ramai.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiaanya.Dari skop diri atau individu.Manusia perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab berkeluarga, mempelajari ilmu pengetahuan dengansempurna, dan mengubah sikap menjadi lebih baik.Dari segi keluarga atau institusi keluarga, mereka perlu membantu ahli keluarga yang bermasalah dengan memberi nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar, meminta bantuan luar jika jenayah berterusan serta memberi kasih sayang dan sikap ambil tahu.Pendidikan yang sempurna juga amat penting.Kelab atau persatuan dalam komuniti juga perlu untuk memantau sendiri permasalahan komuniti.

Akhir sekali,badan kerajaan juga perlu memainkan peranan.Golongan ini amat penting kerana mereka mempunyai kuasa.Badan kerajaan boleh memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat supaya orang ramai mengambil berat mengenai perkara ini.Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi virus kepada kemusnahan negara.Pihak polis perlu mengambil berat kes yang dilaporkan agar ia tidak dipandang remeh.Walaupun menurut perundangan pesalah boleh didenda RM4000 atau penjara tidak melebihi setahun, namun pelaku jenayah ini semakin hari semakin meningkat.Oleh itu, hukuman sekarang masih tidak boleh menakutkan mereka dan hukuman ini perlulah ditingkatkan.


No comments:

Post a Comment