NO.MATRIK : 207319
Umumnya kita semua mengetahui dadah itu pemusnah bangsa tetapi tahukah anda maksud dadah sebenarnya? Mengikut kamus Dewan ,istilah dadah boleh diertikan sebagai ubat - ubatan. Sekiranya pengertian ini diambil,maka rokok dan arak tidak termasuk dalam golongan dadah.Difinisinya ,dadah ialah apa-apa juga bahan kimia ,samaada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.
Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:-
* Perangsang (stimulants)
* Penekanan (Depressants)
*Hallucinogen
*Ganja (Cannabis)
Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-
1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.
2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.
3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.
4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.
5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.
6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.
7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.
8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.
9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.
10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.
11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.
12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.
13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.
Diantara kelima-lima bahagian ini,dadah yang paling merbahaya dan banyak disalahgunakan ialah asli,candu,morfin,heroin,kodein dan ganja.
DADAH PENEKANAN
Seperti juga dadah lain, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Dari segi perubatan dadah ini digunakan sebagai ubat tidur. Seseorang itu biasanya menyalahgunakan dadah jenis ini untuk mendapat ketenangan, untuk tidur, untuk mengelakkan rasa sedih, melegakan ketegangan dan rasa terikat. Seseorang itu juga boleh jadi tidak sedarkan diri dan kadang-kala ia boleh membawa kepada kematian.Dadah ini akan diambil dalam jumlah yang banyak untuk mendapat kesan yang sama sebagaimana ia mula-mula diambil. Penggunanya akan mengalami simpton tarikan jika terputus bekalan dadah ini. Oleh itu, penagih terpaksa mengambil dadah ini secara berterusan.
HALUSINOGEN
Halusinogen ialah apa juga dadah atau bahan kimia yang boleh menyebabkan halusinasi atau khayalan yang boleh merosakkan jiwa manusia.Ia terdapat dalam bentuk asli dan sintetik yang mampu mengubah pencerapan deria rasa dan persepsi.Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah bagi penggunanya untuk membezakan yang benar dan sebaliknya. Dadah jenis ini juga boleh menghasilkan pengamatan rupabentuk yang berubah-ubah.Contohnya seseorang itu seolah-olah boleh melihat warna yang sangat terang, muzik didengar lebih bererti dan dapat melihat corak-corak yang lebih spontan. Dadah halusinogen seoerti LSD dan Mescaline contohnya memberi kesan ganjil kepada penggunanya seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkanya lebih bergantung kepada dadah secara psikologi.
DADAH NARKOTIK
Juga seringkali disebut sebagai opiat. Dalam perubatan ia digunakan untuk tujuan perubatan iaitu untuk menidurkan pesakit dan mengurangkan kesakitan serta berpotensi untuk menyebabkan ketagihan. Dadah jenis ini merupakan dadah yang paling banyak disalahgunakan. Ia boleh menjadikan seseorang itu berasa sangat berpuashati tetapi kadang-kadang kecewa dan pada masa yang sama perasaan takut dan bimbang akan hilang.Jika penggunanya ingin mencuba dadah jenis ini untuk kedua kali, ia mestilah di ambil dalam jumlah yang lebih banyak untuk mendapatkan kesan yang sama seperti pertama kali dadah itu diambil. Dadah itu diperlukan untuk bergerak secara normal. Jika dadah ini tidak diambil ia boleh menyebabkan simpton tarikan seperti muntah-muntah, tegang urat saraf, bersin, cirit-birit, seram sejuk, pitam dan kadang-kala boleh membawa maut.
DADAH PERANGSANG
Dadah perangsang ialah dadah yang boleh merangsang atau menggalakkan sistem saraf pusat dan aktiviti sistem saraf pusat. Ia adalah bahan kimia samada asli atau tiruan yang boleh merangsang otak manusia.Antara simpton y ang akan di hadapi oleh seseorang yang mengambil dadah jenis ini ialah dia menjadi lebih suka untuk bercakap dengan lebih bertenaga dan gembira, kurang keinginan untuk tidur, lebih yakin dan menjadi lebih besar hati. Para pelajar sering mengambil dadah jenis ini supaya mereka dapat belajar dengan lebih tekun. Penyalahgunaan dadah seperti ini jika selalu diambil akan menjadikan mudah keliru dan mudah pitam.
PENYALAHGUNAAN DADAH PERANGSANG
Dadah perangsang sering digunakan untuk mendapatkan rasa percaya kepada diri-sendiri, rasa berkuasa, segar, besar dan untuk menghilangkan rasa penat dan lain-lain. Bahan kimia psikoaktif ini akan merangsang semua aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat beberapa jenis dadah perangsang yang sangat kerap digunakan iaitu :
1. Amfetamin
2. Kokain
3. Kafein
4. Nikotin
5. Chat
AMFETAMIN
Amfetamin mula dihasilkan pada tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Amfetamin adalah dadah yang paling berkesan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang. Nama-nama lain bagi dadah jenis Amfetamin ialah ‘Speed’, "Pep-pill’, Dexies, Crosswords, Hearts, Co-pilot, ‘A’, ‘B’ dan sebagainya.Dadah ini boleh memberikan kesegaran kepada seseorang itu, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat.Untuk seseorang yang menghadapi masalah kegemukan, dadah Amfetamin boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Sebenarnya inilah kebanyakan tujuan mengapa dadah jenis ini sering disalahgunakan. Mereka selalunya mengambil dadah ini secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.
KESAN PENGGUNAAN AMFETAMIN
Di antara kesan penggunaan Amfetamin ialah :
• Pengambilan amfetamin boleh memberi keyakinan kepada penggunanya di samping menjadi lebih bertenaga dan cergas. Dos Amfetamin yang diambil secara sederhana boleh menghalang keletihan, mewujudkan rasa percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira. Tetapi bagi orang-orang tertentu pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.
• Jika Amfetamin diambil dalam jumlah yang kecil, ia akan mewujudkan keadaan yang dipanggil euforia. Sebaliknya jika diambil dalam jumlah yang banyak ia akan memberi keseronokkan yang berlebihan.
• Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti :
1. Menggeletar
2. Resah gelisah
3. Tidak boleh tidur
4. Tidak rasa lapar
5. Rasa ghairah
• Mereka yang ketagih Amfetamin berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga.
BAHAYA-BAHAYA AMFETAMIN
Di antara risiko-risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengambil Amfetamin ialah :
• Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar Amfetamin. Penagih akan mengalami paranoia dan takut terhadap orang lain. Pada tahap ini, pengguna mungkin menjadi ganas.
• Penagih yang kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 hingga 12 bulan selepas berhenti menggunakan Amfetamin.
• Pengambilan Amfetamin yang teruk dan berlanjutan akan menyebabkan wujud tanda-tanda yang menyerupai ‘ skizofrenia paranoid’ yang bahayanya seperti berikut :
a. Risiko diserang demam paru-paru
b. Mendapat sakit darah tinggi dan sakit jantung
c. Letih lesu dan kekurangan zat makanan kerana tidak makan
d. Kerosakan otak yang berkekalan
KOKAIN
JENIS-JENIS KOKAIN
• Daun Koka
• ‘Paste’ koka ( Koka Paste)
• Kokain
• Kokain ‘Freebase’
• Kokain ‘Crack’
BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN
• Pengambil dadah ini akan mengalami kemabukan dan kekeliruan.
• Urat saraf akan keletihan selama beberapa hari akibat pengambilan kokain yang banyak. Pengguna juga akan mengalami gangguan tidur dan lupa tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihannya.
• Psikosis kokain akan berlaku iaitu sejenis penyakit jiwa yang serius seperti skikofrenia. Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan.
• Risiko kematian yang tingi kerana pernafasan terhenti.
KESIMPULAN
Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseirang tanpa pengawasan pihak perubatan. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan gejala-gejala yang tidak diingini yang baleh membinasakan manusia. Jika diteliti dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan rasa sakit, untuk mendapatkan rasa segar, mengelakkan letih, mengelakkan tekanan hidup, untuk melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam dadah terdapat bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan pergantungan hidup kepada dadah. Sebagai racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh membawa maut. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya.
No comments:
Post a Comment