Saturday, August 7, 2010

Penyalahgunaan Dadah

NAMA : NURATIQAH BINTI IBRAHIM

NO.MATRIK : 207319

Umumnya kita semua mengetahui dadah itu pemusnah bangsa tetapi tahukah anda maksud dadah sebenarnya? Mengikut kamus Dewan ,istilah dadah boleh diertikan sebagai ubat - ubatan. Sekiranya pengertian ini diambil,maka rokok dan arak tidak termasuk dalam golongan dadah.Difinisinya ,dadah ialah apa-apa juga bahan kimia ,samaada asli atau tiruan apabila dimasukkan ke dalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.


Dadah boleh dibahagikan kepada lima bahagian:-

* Opait

* Perangsang (stimulants)

* Penekanan (Depressants)

*Hallucinogen

*Ganja (Cannabis)


Mengikut kajian oleh pakar-pakar perubatan yang membuat penyelidikan atas penagih-penagih dadah dan juga mereka-mereka yang menyalahgunakan dadah adalah seperti berikut:-


1. Ingin mengetahui dan seterusnya ingin mencuba-cuba oleh dirinya sendiri.


2. Tidak mengetahui dengan sebenarnya bahaya-bahaya tiap-tiap jenis dadah itu.


3. Dipengaruhi oleh kawan-kawannya dan oleh sebab hendak menyesuaikan dirinya dengan sesuatu kumpulan yang sebaya dengannya.


4. Mencari ketenteraman jiwa kerana terlibat dengan sesuatu masalah kehidupan.


5. Menghilangkan sesuatu kesusahan yang dideritainya.


6. Untuk menghilangkan kerunsingan yang didatangkan oleh desakan ibubapa.


7. Tidak menggunakan masa lapangnya dengan perkara-perkara yang berfaedah.


8. Mengikut tekanan darah mudanya dengan sekehendak hatinya.


9. Kerana keporak perandaan rumahtangga.


10. Kerana tidak ada kemesraan yang baik diantara ibubapa dan anak-anak.


11. Kerana ingin berlagak dengan cara hidup yang lebih tinggi daripada yang termampu olehnya.


12. Kerana adanya dadah dan kebijaksanaan pengedar-pengedar dadah untuk menjalankan pengaruhnya.


13. Kurang pengetahuan Agama dan penghayatan nilai-nilai Agama.



Diantara kelima-lima bahagian ini,dadah yang paling merbahaya dan banyak disalahgunakan ialah asli,candu,morfin,heroin,kodein dan ganja.



DADAH PENEKANAN



Seperti juga dadah lain, ia digolongkan sebagai dadah apabila disalahgunakan. Dari segi perubatan dadah ini digunakan sebagai ubat tidur. Seseorang itu biasanya menyalahgunakan dadah jenis ini untuk mendapat ketenangan, untuk tidur, untuk mengelakkan rasa sedih, melegakan ketegangan dan rasa terikat. Seseorang itu juga boleh jadi tidak sedarkan diri dan kadang-kala ia boleh membawa kepada kematian.Dadah ini akan diambil dalam jumlah yang banyak untuk mendapat kesan yang sama sebagaimana ia mula-mula diambil. Penggunanya akan mengalami simpton tarikan jika terputus bekalan dadah ini. Oleh itu, penagih terpaksa mengambil dadah ini secara berterusan.


HALUSINOGEN


Halusinogen ialah apa juga dadah atau bahan kimia yang boleh menyebabkan halusinasi atau khayalan yang boleh merosakkan jiwa manusia.Ia terdapat dalam bentuk asli dan sintetik yang mampu mengubah pencerapan deria rasa dan persepsi.Dadah ini mampu mengubah pandangan mata dan menyebabkan ilusi sehingga amat susah bagi penggunanya untuk membezakan yang benar dan sebaliknya. Dadah jenis ini juga boleh menghasilkan pengamatan rupabentuk yang berubah-ubah.Contohnya seseorang itu seolah-olah boleh melihat warna yang sangat terang, muzik didengar lebih bererti dan dapat melihat corak-corak yang lebih spontan. Dadah halusinogen seoerti LSD dan Mescaline contohnya memberi kesan ganjil kepada penggunanya seperti perubahan imej tubuh, merasa diri besar dan melayang-layang, boleh terbang, rasa tenang, riang dan menyebabkanya lebih bergantung kepada dadah secara psikologi.


DADAH NARKOTIK


Juga seringkali disebut sebagai opiat. Dalam perubatan ia digunakan untuk tujuan perubatan iaitu untuk menidurkan pesakit dan mengurangkan kesakitan serta berpotensi untuk menyebabkan ketagihan. Dadah jenis ini merupakan dadah yang paling banyak disalahgunakan. Ia boleh menjadikan seseorang itu berasa sangat berpuashati tetapi kadang-kadang kecewa dan pada masa yang sama perasaan takut dan bimbang akan hilang.Jika penggunanya ingin mencuba dadah jenis ini untuk kedua kali, ia mestilah di ambil dalam jumlah yang lebih banyak untuk mendapatkan kesan yang sama seperti pertama kali dadah itu diambil. Dadah itu diperlukan untuk bergerak secara normal. Jika dadah ini tidak diambil ia boleh menyebabkan simpton tarikan seperti muntah-muntah, tegang urat saraf, bersin, cirit-birit, seram sejuk, pitam dan kadang-kala boleh membawa maut.


DADAH PERANGSANG


Dadah perangsang ialah dadah yang boleh merangsang atau menggalakkan sistem saraf pusat dan aktiviti sistem saraf pusat. Ia adalah bahan kimia samada asli atau tiruan yang boleh merangsang otak manusia.Antara simpton y ang akan di hadapi oleh seseorang yang mengambil dadah jenis ini ialah dia menjadi lebih suka untuk bercakap dengan lebih bertenaga dan gembira, kurang keinginan untuk tidur, lebih yakin dan menjadi lebih besar hati. Para pelajar sering mengambil dadah jenis ini supaya mereka dapat belajar dengan lebih tekun. Penyalahgunaan dadah seperti ini jika selalu diambil akan menjadikan mudah keliru dan mudah pitam.


PENYALAHGUNAAN DADAH PERANGSANG


Dadah perangsang sering digunakan untuk mendapatkan rasa percaya kepada diri-sendiri, rasa berkuasa, segar, besar dan untuk menghilangkan rasa penat dan lain-lain. Bahan kimia psikoaktif ini akan merangsang semua aktiviti sistem saraf pusat. Terdapat beberapa jenis dadah perangsang yang sangat kerap digunakan iaitu :


1. Amfetamin

2. Kokain

3. Kafein

4. Nikotin

5. Chat


AMFETAMIN


Amfetamin mula dihasilkan pada tahun 1920 untuk kegunaan perubatan. Amfetamin adalah dadah yang paling berkesan untuk menggalakkan sistem saraf pusat seseorang. Nama-nama lain bagi dadah jenis Amfetamin ialah ‘Speed’, "Pep-pill’, Dexies, Crosswords, Hearts, Co-pilot, ‘A’, ‘B’ dan sebagainya.Dadah ini boleh memberikan kesegaran kepada seseorang itu, mengurangkan rasa letih, mengelakkan mengantuk, berkemampuan untuk banyak bergerak, riang, cergas dan lebih mampu untuk bekerja kuat.Untuk seseorang yang menghadapi masalah kegemukan, dadah Amfetamin boleh menghilangkan selera makan tetapi mestilah di bawah seliaan pakar. Sebenarnya inilah kebanyakan tujuan mengapa dadah jenis ini sering disalahgunakan. Mereka selalunya mengambil dadah ini secara berterusan dan dalam jumlah yang banyak.

Pengambilan dadah jenis Amfetamin memberi kesan buruk kepada penggunanya. Pengambilnya boleh menjadi gila dan kemungkinan akan mati akibat pendarahan yang sering berlaku dalam otak.Dadah Amfetamin sangat digemari oleh para pelajar yang sedang menghadapi peperiksaan dan juga ahli sukan supaya mereka menjadi lebih cergas dan bertenaga.

Amfetamin boleh didapati dalam bentuk cecair dan kapsul.


KESAN PENGGUNAAN AMFETAMIN


Di antara kesan penggunaan Amfetamin ialah :


• Pengambilan amfetamin boleh memberi keyakinan kepada penggunanya di samping menjadi lebih bertenaga dan cergas. Dos Amfetamin yang diambil secara sederhana boleh menghalang keletihan, mewujudkan rasa percaya kepada diri sendiri dan rasa gembira. Tetapi bagi orang-orang tertentu pengambilan ini boleh menyebabkan rasa sugul dan kecewa.


• Jika Amfetamin diambil dalam jumlah yang kecil, ia akan mewujudkan keadaan yang dipanggil euforia. Sebaliknya jika diambil dalam jumlah yang banyak ia akan memberi keseronokkan yang berlebihan.


• Kesan-kesan fizikal dan psikologikal seperti :


1. Menggeletar

2. Resah gelisah

3. Tidak boleh tidur

4. Tidak rasa lapar

5. Rasa ghairah


• Mereka yang ketagih Amfetamin berterusan tidak mengambil makanan serta sentiasa bergerak. Mereka biasanya akan keletihan dan mungkin boleh jatuh pengsan kerana kekurangan tenaga.


BAHAYA-BAHAYA AMFETAMIN


Di antara risiko-risiko yang terpaksa dihadapi oleh pengambil Amfetamin ialah :


• Keadaan gila yang dipanggil psikosis amfetamin selepas mengambil satu dos besar Amfetamin. Penagih akan mengalami paranoia dan takut terhadap orang lain. Pada tahap ini, pengguna mungkin menjadi ganas.


• Penagih yang kronik menjadi psikotik, bingung dan hilang daya ingatan selama 6 hingga 12 bulan selepas berhenti menggunakan Amfetamin.


• Pengambilan Amfetamin yang teruk dan berlanjutan akan menyebabkan wujud tanda-tanda yang menyerupai ‘ skizofrenia paranoid’ yang bahayanya seperti berikut :



a. Risiko diserang demam paru-paru

b. Mendapat sakit darah tinggi dan sakit jantung

c. Letih lesu dan kekurangan zat makanan kerana tidak makan

d. Kerosakan otak yang berkekalan


KOKAIN


JENIS-JENIS KOKAIN



• Daun Koka

• ‘Paste’ koka ( Koka Paste)

• Kokain

• Kokain ‘Freebase’

• Kokain ‘Crack’


BAHAYA PENGGUNAAN KOKAIN



• Pengambil dadah ini akan mengalami kemabukan dan kekeliruan.


• Urat saraf akan keletihan selama beberapa hari akibat pengambilan kokain yang banyak. Pengguna juga akan mengalami gangguan tidur dan lupa tentang penjagaan kesihatan diri dan kebersihannya.


• Psikosis kokain akan berlaku iaitu sejenis penyakit jiwa yang serius seperti skikofrenia. Di samping itu mereka juga berkemungkinan mengalami sawan.


• Risiko kematian yang tingi kerana pernafasan terhenti.


KESIMPULAN



Dadah secara rationalnya digambarkan sebagai sesuatu yang negatif dan perlu dijauhi. Penyalahgunaan dadah berlaku apabila dadah digunakan bukan untuk tujuan perubatan dan diambil oleh seseirang tanpa pengawasan pihak perubatan. Penyalahgunaan dadah akan menyebabkan gejala-gejala yang tidak diingini yang baleh membinasakan manusia. Jika diteliti dadah disalah gunakan untuk kepentingan diri sendiri seperti untuk mengelakkan rasa sakit, untuk mendapatkan rasa segar, mengelakkan letih, mengelakkan tekanan hidup, untuk melarikan daripada kesengsaraan dan sebagainya.Namun begitu ramai yang tidak menyedari bahawa dalam dadah terdapat bahan kimia beracun yang boleh menyebabkan ketagihan dan pergantungan hidup kepada dadah. Sebagai racun dadah akan membinasakan saraf manusia dan boleh membawa maut. Pengambilan dadah memberikan kelegaan yang bersifat sementara dan kesengsaraan yang lama kepada pengambilnya.

Jenayah Ragut

NAMA : FARIZA BINTI OMAR

NO MATRIK : 207305

Hari ini, masyarakat kita telah dikejutkan dengan pelbagai kes jenayah yang melibatkan pelajar dan remaja. Kejadian jenayah tersebut telah menggambarkan keseriusan kejadian jenayah ini semakin berleluasa. Isu ini sungguh memalukan memandangkan negara kita sekarang merupakan negara yang pesat membangun. Menurut kajian, ramai pelancong asing yang menjadi mangsa kepada jenayah ragut ini. Bayangkan kesan kepada imej negara daripada kejadian jenayah yang melibatkan tetamu-tetamu kita sempena dengan Tahun Melawat Malaysia? Pastinya kesan mendalam akibat di ragut sedikit sebanyak member kesan jangka panjang kepada mangsa tersebut.



Jika mengkaji punca kes-kes jenayah dengan lebih teliti, kita akan mendapati banyak punca yang mengakibat berlakunya kes-kes jenayah ragut. Antaranya ialah didikan yang kurang sempurna daripada ibu bapa dan keluarga. Ibu bapa ialah orang yang paling dekat dan yang paling penting dalam pembentukan peribadi dan sahsiah di kalangan anak-anak. Pada zaman teknologi maklumat dan globalisasi sekarang, mereka sentiasa sibuk bekerja dalam mengisi tuntutan kebendaan sehingga mereka lupa akan tanggungjawab hakiki mereka iaitu mendidik dan mengajar anak-anak menjadi insan yang sempurna. Pengaruh rakan sebaya juga merupakan punca berleluasanya kegiatan jenayah di kalangan pelajar-pelajar dan remaja-remaja kerana mereka sungguh rapat dengan rakan-rakan sebaya mereka. Pelajar-pelajar lebih banyak menghabiskan masa mereka di sekolah. Jika mereka bijak memilih rakan yang dapat memimpin mereka, mereka tidak akan mudah terjebak dengan kegiatan yang tidak bermoral. Selain itu, media massa juga ialah salah satu punca kegiatan jenayah ragut. Kemudahan seperti internet, e-mel, televisyen, dan radio boleh disalahgunakan oleh masyarakat untuk mendapatkan video tentang cara-cara meragut, dan sebagainya. Pada zaman ini, ekonomi yang semakin merosot menyebabkan ramai orang kehilangan pekerjaan. Selain itu, kadar pengangguran juga semakin meningkat sedangkan taraf hidup semakin tinggi. Hal ini menyebabkan ramai penganggur mengambil jalan mudah dengan menjadikan ragut sebagai batu loncatan bagi memenuhi keperluan hidup. Di samping itu, dadah yang semakin popular di kalangan remaja merupakan punca berlakunya jenayah. Penagih yang menagih akan melakukan jenayah ragut untuk mendapatkan wang dan membeli dadah daripada pembekalnya. Kadang kala penagih juga mampu bertindak di luar jangkaan seperti menikam ibu sendiri atau sanggup membunuh mangsa yang di ragutnya.



Menurut akhbar Harian Metro Sabtu,17 Julai 2010, berita sensasi yang menggemparkan seluruh dunia dengan tindakan berani pelajar perempuan Universiti Teknologi Mara (UITM), memecut laju motosikalnya sejurus diragut bukan sahaja berjaya menangkap penjenayah terbabit, malah membantu polis menyelesaikan beberapa kes yang berkaitan ragut di sekitar daerah ini. Berita ini telah menunjukkan kejadian ragut yang semakin berleluasa dan membimbangkan masyarakat sekeliling. Kejadian ini, telah menjadi tumpuan semua pihak dengan mengambil langkah berjaga-jaga dengan situasi yang melanda negara ini.




Sejak dahulu, masyarakat tidak ambil kisah mengenai kes ragut biarpun adakalanya individu terbabit kehilangan sejumlah besar wang tunai dan barang kemas. Ketika itu, kes ragut masih dianggap sebagai terpencil dan tidak memudaratkan mangsa. Namun perubahan masa telah menyaksikan ragut sebagai satu jenayah serius yang sejak akhir-akhir ini turut meragut nyawa manusia. Kesan daripada kejadian ragut masyarakat menjadi semakin huru-hara akibat daripada kejadian yang semakin berleluasa yang membimbangkan masyarakat sekarang. Selain itu juga, kes-kes jenayah di negara ini semakin meningkat.Di sebabkan,ramai pelancong asing yang menjadi mangsa ragut,imej negara tercemar di mata dunia.
Memandangkan kes semakin meruncing,kuatkuasa undang-undang hendaklah diperketatkan. Masyarakat yang melakukan kegiatan jenayah berat seperti bunuh semasa proses meragut hendaklah dikenakan hukuman mati mandatory bagi memberikan pengajaran kepada orang lain.
Selain itu, Polis Kuala Lumpur mewujudkan operasi berkonsepkan ‘kepolisian agresif’ dengan menggabungkan setiap jabatan dan cawangan untuk mengesan mereka yang terlibat dalam apa jua jenayah di ibu negara. Untuk mengatasi jenayah ragut ini,kaum wanita haruslah belajar seni mempertahankan diri untuk melindungi diri daripada jenayah ragut.
LANGKAH-LANGKAH
1)Memerhatikan sekeliling anda semasa berjalan di lorong kecil atau kawasan yang sepi. 2)Memerhatikan orang yang disyaki dengan memakai topi keledar,cermin mata hitam ataupun memakai topi dengan menarik ke bawah untuk menutup muka mereka. 3)Jika terpaksa menggunakan jalan yang gelap dan sepi, seharusnya ditemani oleh orang yang dikenali.
Menurut Profesor Mahmood Nazar Mohamad, Pensyarah Fakulti Pembangunan Sosial dan Manusia, Universiti Utara Malaysia(UUM) berkata, kejadian maut yang berlaku membabitkan ragut ini adalah amaran awal kepada wanita supaya mengambil langkah memperkasakan diri untuk menentang kejadian seumpama itu. Menurut Mahmood, jenayah itu kini sama kejamnya dengan jenayah genre lain seperti rogol dan pembunuhan kejam yang dilakukan kepada wanita.
“BERPEGANGLAH KEPADA PEPATAH, BERJIMAT SEBELUM HABIS, BERINGAT SEBELUM KENA”

Gejala buli


NAMA:SYUHADA BINTI MOHD SUWARDI

NO.MATRIK:207313


GEJALA BULI
Buli bermaksud perbuatan mengasari orang yang lemah dengan tujuan atau maksud untuk menunjukkan kekuatan masing-masing. Ini secara tidak langsung, menjadikan mereka yang lemah mematuhi atau menghormati mereka yang kuat. Ada maksud lain yang menyatakan bahawa buli bermaksud tingkah laku agresif sama ada dalam bentuk fizikal atau psikologikal yang dilakukan secara berulang kali ke atas mangsa dan ia bertujuan mendatangkan perasaan tidak selesa, aman, tenteram dan harmoni. Secara keseluruhannya, perbuatan membuli merupakan perbuatan yang tidak baik serta boleh membuatkan orang lain boleh menjadi mangsa serta boleh mendatangkan ketidak selesaan kepada orang lain.




Faktor mengapa mereka membuli:
 * Faktor rakan sebaya mempunyai pengaruh paling kuat untuk mengubah tingkah laku pelajar.
* Individu yang membuli ini mungkin ingin memperlihatkan rasa tidak puas hati mereka.
* Mereka pernah menjadi mangsa buli.
* Gangguan personaliti seperti antisosial golongan yang tidak pernah berasa bersalah apabila membuat kesilapan.
* Individu yang gagal mengendalikan emosi dengan baik. Golongan ini biasanya terdapat pada kanak-kanak hyperactive atau cergas yang melampau yang sering bersikap tidak pernah mengambil peduli perasaan orang lain.
* Mereka yang tidak berjaya dalam pelajaran, nakal, dan mempunyai masalah disiplin.
* Akibat perceraian ibu bapa.
* Terlalu dimanja oleh ibu bapa.
* Sekadar mahu berseronok.
* Mereka bosan dengan sekolah dan membuli pelajar lain merupakan salah satu cara untuk menghilangkan perasaan bosan.
* Marah dan benci pada mangsa atas sebab disayangi guru atau gemar bercakap dalam bahasa Inggeris.
* Ingin menunjukkan kekuatan sendiri.
* Faktor terakhir yang mungkin memainkan peranan yang penting ialah media massa dan cetak yang memaparkan aksi, pertuturan, dan tingkah laku yang ditayangkan di media elektronik dan media cetak menjadi ikutan sehingga seolah-olah pelakon tersebut menjadi 'role model' bagi golongan remaja.



LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI MASALAH BULI
1. Pendidikan Agama: Langkah yang paling penting adalah memberikan pendidikan agama. Pendidikan agama merupakan unsur yang paling penting dalam kehidupan seseorang kerana pendidikan agama membentuk seseorang manusia untuk sensitif kepada dosa dan pahala atau balasan baik dan balasan buruk di Akhirat nanti. Hal ini akan menyebabkan ia tidak melakukan buli kerana ia memahami bahawa buli dan sebarang perbuatan yang boleh mendatangkan kesan buruk kepada orang lain merupakan tindakan yang salah di sisi agama.

2. Peraturan yang Tegas: Perlu ada peraturan yang tegas yang boleh dikenakan tindakan sewajarnya terhadap pembuli dan peraturan tersebut hendaklah dilaksanakan tanpa “memilih bulu”. Sesiapa yang yang membuli, tanpa mengira apapun darjat atau kedudukannya hendaklah dikenakan tindakan tegas. Di samping itu pihak berkenaan juga haruslah telus dalam mengendalikan kes buli. Disamping mengambil tindakan tegas terhadap pembuli, kes-kes berkenaan hendaklah didedahkan kepada umum agar menjadi pengajaran kepada orang lain.

3. Peranan Media: Media massa, sama ada media elektronik, media internet mahupun media cetak hendaklah menjalankan tanggung jawab social mereka dalam menangani masalah buli. Filem-filem yang mengandungi adegan ganas yang keterlaluan dan yang boleh mendidik remaja untuk meniru aksi buli hendaklah disekat daripada tontonan umum. Media juga perlu memaparkan filem, gambar, cerita dan rencana yang menonjolkan kesan-kesan buruk buli. Di samping itu media juag perlu sentiasa menayangkan iklan-iklan larangan membuli buli seperti larangan merokok. 

4. Poster: Poster-poster larangan membuli hendaklah dicetak oleh pihak berkenaan dan diedarkan serta ditampal ditempat-tempat yang strategic seperti sekolah, pasar raya, masjid dan rumah –rumah ibadat, perhentian bas, perputakaan awam, stesen kereta api dan sebagainya. Dengan cara ini masyarakat akan terpanggil untuk merasa sensitive dengan isu buli.

5. Peranan Badan-badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan (NGO): Badan-badan kerajaan dan NGO perlu, sama ada secara bersendirian ataupun secara bergabung tenaga menganjurkan program-program yang boleh menyedarkan masyarakat akan isu buli. Hal ini boleh dilakukan dengan memfokus kepada kelompok-kelompok tertentu seperti keda ibu bapa dan guru dengan tujuan member pendedahan ilmju kepada ibu bapa dan guru agar mereka dapat mengenal sama ada anak atau pelajar mereka telah menjadi mangsa buli atau tidak. Bentuk program yang kedua adalah dengan mensasarkan kepada remaja kerana golongan remaja merupakan kelompok yang banyak menjadi pembuli atau mangsa buli. Mereka perlu disedarkan agar tidak membuli dan bagi yang menjadi mangsa buli perlu disedarkan atau diberi semangat agar melaporkan kejadian buli kepada pihak yang berkenaan.

Gejala Pembuangan Bayi

NAMA:NURUL SYAZWANI BINTI MOHD RUSLAN

NO.MATRIK:207335

Gejala pembuangan bayi adalah di kategorikan sebagai satu jenayah yang kejam.Ia terjadi akibat kehamilan yang tidak diingini.Kelazimannya gejala ini berlaku dalam kalangan remaja.Mereka yang mengandung luar nikah ini terpaksa membuang bayi kerana mereka terdesak,tidak mampu menanggung malu dan takut akan akibat yang bakal ditanggung.

Faktor-faktor terjadinya gejala ini adalah disebabkan oleh pergaulan bebas lebih-lebih lagi remaja yang suka melepak dan membuang masa dan mereka memandang enteng kepada faktor ini.Seterusnya mereka yang kurang pendidikan agama yang tidak mengetahui halal dan haram dalam pergaulan bebas.Lebih menyedihkan apabila ada sesetengah remaja yang lebih suka berseronok dan mereka sanggup melakukan penzinaan sesuka hati.Dengan berlakunya faktor-faktor tersebut,mereka mengambil keputusan untuk mendiamkan diri.Semata-mata untuk menyembunyikan perbuatan dusta itu daripada keluarga.Maka terjadilah satu kes iaitu kes pembuangan bayi.


Sumber akhbar melaporkan bahawa,kadar kematian bayi adalah lebih tinggi disebabkan penjagaan perubatan yang tidak sempurna.Sekaligus akan memberi impak kepada si ibu seperti kehilangan banyak darah dan mengalami gangguan emosi yang kritikal.Kerajaan juga telah menubuhkan Rang Undang-Undang Jenayah Malaysia iaitu kepada sesiapa yang membuang bayi,mereka akan dijatuhkan hukuman iaitu penjara 20 tahun.

Masalah ini dapat ditangkis sekiranya wujud kesedaran dan mempunyai rasa tanggungjawab terhadap remaja dalam golongan masyarakat.Masyarakat seharusnya mengambil peduli tentang gejala ini dan tidak semata-mata menunding jari sahaja terhadap golongan remaja.Sekiranya seseorang remaja yang sudah mampu untuk berkahwin,maka berkahwinlah dengan cara yang sah dan islam juga melarang menjalinkan hubungan seks sebelum berkahwin.Kerajaan Malaysia juga memandang kritikal berkenaan dengan gejala ini.Kerajaan juga berusaha membanteras serta mewujudkan kempen-kempen untuk memupuk sifat penyayang dalam diri masyarakat.Maka amat bersesuaian dengan tema yang dibuat oleh kerajaan iaitu ‘Kami Prihatin’.

Thursday, August 5, 2010

Gejala homoseksual

NAMA:NORSYAHIRAH BINTI ABD RAHIM

NO.MATRIK;207307

Homoseksual adalah lelaki atau wanita yang jatuh cinta dengan seseorang dari jantina yang sama tapi tak semestinya melakukan hubungan seks dengan mereka. Rakan-rakan atau saudara mara homoseksual mungkin tidak bersedia untuk berkongi kecenderungan seks mereka dengan yang tersayang kerana takut dibuang keluarga atau dihakimi. Mereka mungkin menderita dalam diam. Homoseksualiti bukanlah satu penyakit. Rakan-rakan pondan kita mungkin orang yang paling disalah ertikan dalam satu kumpulan. Masyarakat kita juga kini lebih bersifat terbuka dalam menerima homoseksual.


Menurut seorang Profesor dari Jabatan Psikologi dan Kaunseling sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di utara semenanjung Malaysia berkata, perlakuan seks homoseksual atau gay merupakan isu yang sensetif dan masih dianggap ‘rahsia terdedah’ kerana pendedahan secara terbuka mungkin akan menimbulkan salah faham dikalangan masyarakat.

Perlakuan yang digambarkan meletakkan status homoseksual atau gay sebagai sesuatu yang tidak normal, ganjil, pelik lagi mengaibkan dalam latar budaya tempatan dan menyimpang jauh daripada norma-norma dan fitrah seorang manusia,” katanya.Homoseksual atau gay merupakan konsep yang menjurus secara langsung kepada aspek psikososial dimana rangkuman dari sudut psikologi dan sosial. Isu homoseksual semakin menjadi fenomena sosial di Malaysia, dengan timbulnya masalah masyarakat yang dirujuk sebagai gejala sosial sewaktu ledakan ekonomi negara pada dekad 90-an yang lalu, homoseksual semakin ketara didedahkan oleh media terutamanya daripada akhbar harian, akhbar tabloid dan majalah popular berbahasa Melayu. Kesedaran tentang gejala homoseksual atau gay di kalangan masyarakat Malaysia masih mengelirukan dan tidak ramai yang mengetahui maksud sebenar perlakuan tersebut.Ramai yang menyangka gejala yang berlaku melibatkan perlakuan seksual sejenis, sebenarnya perlakuan tersebut lebih daripada itu.

Perbentukan identiti seksual homoseksual juga diakui berlaku mengikut beberapa tahap yang membabitkan tahap kekeliruan, tahap perbandingan identiti, tahap toleransi identiti, tahap penerimaan identiti, tahap kebanggaan identiti dan tahap sintesis identiti.Masalah homoseksual atau gay berlaku disebabkan oleh masalah didikan, layanan ibu bapa terhadap anak-anak semasa kecil, pengaruh rakan sebaya dan persahabatan yang terlalu rapat sesama jantina. Gejala homoseksual atau gay dipercayai bermula di sekolah berasrama, institusi pengajian tinggi, kem-kem tentera dan kemudian terus diamalkan setelah bekerja, kelompok yang terbabit ini dikenali sebagai sitvational homoseksual.

Perlakuan sumbang perhubungan sejenis ini wajar dibendung malah mereka perlu dibimbing, mereka yang mengalami masalah kesihatan dari segi ‘kejiwaan’, perlu dirawat, dipulihkan dengan menggunakan pendekatan kerohanian dan psikoterapi.Pendidikan akhlak dan ilmu agama perlu dipertingkatkan supaya tidak terjerumus dalam kancah keruntuhan moral, dan kepada mereka yang menghadapi masalah tekanan perasaan jangan berasa malu untuk meluahkan kepada individu yang dipercayai, dan dapatkan sesi kaunseling dari kaunselor-kaunselor yang bertauliah untuk mencurahkan masalah mereka.

Tuesday, August 3, 2010

Samseng Jalanan

NAMA : POH PEI MI

NO.MATRIK : 206679


Samseng jalanan ‘ telah menggantikan istilah Mat Rempit bagi menggelak publisiti dan pembentukan identiti kepada golongan berkenaan. Pakar Psikiatari terkenal,Prof Mohamad Hussain Habil mencadangkan langkah yang pertama agar hentikan menggelar mereka yang terbabit dengan kegiatan perlumbaan motosikal haram sebagai ‘ Mat Rempit ’ bagi mengatasi masalah itu . Prof Mohamad Hussain,yang menerajui Jabatan Psikiatari UniversitI Malaya berkata,sebenarnya remaja yang terlibat dengan perlumbaan motosikal haram ingin mencari perhatian dan label ‘ Mat Rempit ’ yang diberi kepada mereka akan menjadikan mereka lebih seronok dan menganggapnya sebagai lesen atau pengiktirafan oleh masyarakat kepada kegiatan mereka.





Samseng jalanan merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam perlumbaan haram,biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter.Kebanyakan motosikal yang digunakan oleh mereka tidak memenuhi piawai,ataupun telah diubah suai,malah ada yang juga tidak mempunyai lesen sah dan menaiki motosikal curi.Ia merupakan satu gejala sosial remaja yang hangat di Malaysia sekarang.Samseng jalanan biasanya berkumpulan dan akan berlumba atau beraksi di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu.Di Kuala Lumpur jalan yang terkenal ialah Jalan Raja Laut,Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa terdapat banyak punca yang menyebabkan berlakunya samseng jalanan yang menjadi semakin hangat di negara kita.Salah satu punca yang menyebabkan remaja terlibat dalam gejala ini iaitu naiwaitu diri.Perasaan keinginan diri remaja terutamanya perasaan ingin mencuba sesuatu yang baru.Hal ini disebabkan remaja menganggap aksi-aksi tersebut sangat bergaya dan ia dapat menarik perhatian orang ramai.Teknik menunggang juga menjadi tarikan kepada remaja untuk mencuba kerana semakin bahaya,semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi juara.Teknik-teknik itu seperti wili,baring,berdiri dan sebagainya.



Kita tidak dapat lari daripada hakikat bahawa pengaruh rakan sebaya dan kekurangan kasih sayang daripada keluarga juga merupakan punca-punca remaja terlibat dalam gejala sosial ini.Pengaruh rakan sebaya sering berlaku apabila mereka dicabar.Remaja akan mengikut segala ajakan,permintaan dan arahan rakan sebaya dan mereka tidak mampu menolaknya.Ini berlaku disebabkan sekiranya mereka ingkar dengan kehendak tersebut,mereka akan diketepikan oleh kumpulan tersebut.Selain itu,mereka turut bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat ‘hadiah’ berbentuk wang dan gadis bohsia sebagai taruhan.



Sejajar dengan itu,kegagalan kawalan dan kurang perhatian ibu bapa menyebabkan anak-anak berasa kekurangan kasih sayang,maka mereka sering terikut-ikut dengan tingkah laku rakan dan mereka sering bertindak secara melulu.Seperti yang diketahui,dalam dunia yang semakin mementingkan material,ibu bapa terlalu ghairah memburu kekayaan,kuasa atau taraf sosial dan jarang dapat meluangkan masa untuk mendampingi anak-anak mereka kerana terlalu sibuk dengan urusan pejabat atau hal peribadi.Oleh itu,anak-anak tersebut akan melepaskan tekanan dengan melakukan kegiatan-kegiatan yang tidak bermoral seperti terlibat dalam perlumbaan haram.



Langkah yang boleh diambil bagi membanteras gejala lumba haram ialah sering melancarkan operasi secara besar-besaran oleh polis trafik.Pemeriksaan yang lebih giat dan ketat boleh dilakukan pada tempat-tempat yang sering diaksi atau berlumba oleh samseng jalanan.Polis Diraja Malaysia(PDRM) turut boleh menjalinkan kerjasama yang lebih erat dengan Jabatan Pengangkutan Jalan(JPJ) bagi membanteras gejala samseng jalanan yang kian berleluasa sejak kebelakangan ini.



Di samping itu,kerajaan juga perlu menguatkuasakan lagi undang-undang dan peraturan jalan raya ataupun meminda Akta Pengangkutan Jalan yang sedia ada.Sebagai contoh hukuman yang sedia ada ke atas samseng jalan raya yang disabitkan kesalahan iaitu denda minimum RM5,000 atau penjara tidak lebih daripada lima tahun dan ini tidak mampu menyedarkan mereka.Oleh itu,cadangan bagi meminda Akta tersebut kepada hukuman penjara mandatori bagi samseng jalan raya supaya gejala sosial ini dapat dikurangkan.Kerajaan harus terus berusaha dan serius mewujudkan kesedaran dan membina akhlak mulia dalam kalangan remaja agar tidak terjebak dengan gejala ini.



Sebagai konklusi,semua pihak memainkan peranan penting dan perlu duduk semeja dan menggembleng tenaga bagi menangani masalah samseng jalanan tersebut.Selain daripada mengenakan tindakan tegas ke atas samseng jalanan,tindakan yang sama tegas terhadap ibu bapa atau pemilik motosikal yang digunakan juga boleh membantu untuk menangani masalah ini.Kita perlu mengetahui bahawa masalah ini kian meruncing dan kesepaduan semua pihak.Jadi kita perlu mengetahui bahawa ‘Apalah ertinya jika negara maju membangun,sedangkan kualitinya hidup bermasyarakat menyonsong arus pembangunan. Apalah maknanya pemodenan,sekiranya nilai-nilai murni sebagai peradaban bangsa tidak diletakkan seiring dengan agenda Negara.’









 
SUMBER MAKLUMAT : (INTERNET)

Masalah Remaja kini

NAMA: NIK FATHIYYATUN NAJWA BT NIK IBRAHIM

NO. MATRIK : 207304

Remaja lari dari rumah bukan satu masalah yang baru di kalangan masyarakat kita hari ini. Masalah ini menjadi satu gejala yang begitu sukar untuk dibendung malah semakin berleluasa di kalangan anak-anak mahupun pelajar sekolah. Walaupun pelbagai langkah telah diusahakan oleh pihak-pihak tertentu namun masalah ini tetap berlaku.


Terdapat pelbagai punca yang membawa kepada berlakunya masalah ini. Antaranya ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Kebanyakan pelajar terikut-ikut dengan perangai rakan karib mereka. Seandainya rakan mereka suka berfoya-foya mala mereka cukup mudah untuk turut berfoya-foya bersama rakan-rakan tanpa memikirkan kesan baik dan buruknya. Rakan karib yang sering pulang lewat alan mempengamhi mereka untuk turut pulang lewat. Begitu juga sekiranya rakan karibnya lari dari rumah mereka alan mengikutinya. Justeru, mereka akan berasa seronok dan tidak lagi mahu pulang ke rumah ibu bapa mereka. Terdapat juga segelintir daripada mereka yang mulai bekerja dan memulakan penghidupan barn dengan bekerja sendiri. Perkara yang paling mengecewakan apabila ada anak gadis yang terlibat dengan gejala lari dari rumah ini.

Antara punca lain berlakunya gejala ini ialah kurangnya pegangan agama di kalangan mereka yang terlibat. Agama memainkan peranan penting dalam mendidik dan mengajar seseorang itu menjadi manusia yang berguna. Agama Islam khususnya, melarang penganutnya mengingkari dan meninggalkan ibu bapa sewenang-wenangnya. Sebaliknya, apabila seseorang itu mengabaikan ajaran agama akan menyebabkan mereka lebih terdedah kepada pengaruh luar sehingga terjebak kepada masalah lari dari rumah. Sesetengah ibu bapa yang tidak mempunyai pegangan agama gagal mendidik anak mereka mentaati ajaran agama, justeru apabila berlaku masalah ini, mereka begitu mudah meninggalkan keluarga mereka.

Selain daripada itu, remaja lari dari rumah berlaku akibat keretakan sesebuah rumah tangga yang dibina sekian lama. Apabila berlaku pertelingkahan dan pergaduhan antara ibu dan bapa menyebabkan anak-anak mereka alan berasa bosan. Perseteruan antara ibu bapa yang membawa perceraian juga merupakan punca utama berlakunya kes anak-anak lari dari rumah. Apabila ibu atau bapa mengabaikan tanggungjawab untuk memelihara anak-anak mereka ini alan menyebabkan anak-anak akan berasa diri mereka tersisih. Mereka cuba untuk mencari hiburan dan ketenangan. Jika tindakan lari dari rumah mampu memberikan ketenangan dan kebahagiaan dalam diri maka mereka sanggup melakukannya. Golongan ini sanggup melakukan apa sahaja bagi mencapai kebahagiaan dalam hidup mereka. .

Gejala ini boleh ditangani jika semua pihak mengambil inisiatif dengan bersungguh-sungguh. Antaranya ialah ibu bapa hams memastikan pergaulan anak-anak mereka agar tidal melampaui batas.. Seandainya anak-anak mereka berkawan dengan rakan yang dicurigai, ibu bapa hams bijak menasihati anak-anak mereka supaya menjauhi rakan sebaya sebegini.

Selain daripada itu, ibu bapa juga harus meningkatkan pemahaman terhadap amalan agama. Hal ini kerana apabila seluruh keluarga teat kepada perintah agama, mereka takut untuk melakukan kesalahan dan kejahatan. Hal ini kerana setiap perlakuan yang menyalahi ajaran agama akan mendapat dosa. Justeru, anak-anak yang dididik dengan ajaran agama akan dapat menghindari diri mereka daripada tindakan nekad tersebut.

Oleh itu, gejala remaja lari dari rumah ini dapat dibendung jika semua pihak memai peranan masing-masing. Sikap menyalahkan orang lain dianggap gagal menangani masalah ini. Dengan ini masalah ini dapat diatasi, gejalaitu tidak akan berleluasa di kalangan remaja masa kini

Jenayah Komputer


NAMA : SITI SALWA BINTI CHE ANI
NO. MATRIK : 206692

Jenayah computer sering kali berlaku kini.Sebelum kita melangkah jauh mengenali dunia jenayah computer ini,kita seharusnya mengenali takrifan – takrifan mengenai jenayah computer ini.Mari kita rangkaikan satu per satu suku kata dalam perkataan jenayah computer ini . Jenayah boleh didefinisikan sebagai aktiviti seperti kecurian , penipuan , pemalsuan ,peras ugut dan segala perbuatan yang melanggar undang – undang. Komputer pula dapat didefinisikan sebagai sebarang peralatan ,mesin atau alat yang digunakan untuk memproses maklumat berpandukan kepada prosedur atau araha yang ditetapkan. Secaraumumnya, jenayah computer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan computer bagi merosakkan ,mencuri , dan mengubah data dalam computer bagitu juga tertentu.

Pelbagai takrifan yang telah dirungkaikan oleh individu dan jabatan kerajaan di seluruh dunia .Menurut Mr. Dnn B Parker, seorang penyelidik dalam jenayah computer dan keselamatan SRI International di Menlo Park, California ,beliau menyatakan jenayah computer merupakan satu perlakuan yang mempunyai niat dan dikait kandengan computer melalui apacara dan menyebabkan mangsa menderita atau boleh menyebabkan penderitaan , dan kerugian yang berterusan. Di samping itu,Jabatan kehakiman Amerika Syarikat menyatakan bahawa jenayah computer adalah mana – mana aktiviti yang tidak sah di mana pengetahuan mengenai teknologi computer digunakan untuk merealisasikannya.Bagi Negara – negara Islam pula,judi, pornography, pengiklanan seks adalahsuatu jenayah.



Mr. Donn B Parker


Penyelidikjenayahcomputer dankeselamatan

SRI International, Menlo Park, California.


Jenayah computer sukar dibendung kini . Jenayah ini sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangandata atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal. Tambahan lagi ,perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekali internet telah menyebabkan tugas polis menjadi sukar untuk mengesan jenayah ini.

Tuntasnya,mengapakahjenayah computer sering berlaku kini? Haliniamat membingungkan pelbagai pihak untuk menyelesaikannya . Salah satu punca utama berlakunya gejala ini adalah disebabkanoleh kemunculan internet.Internet merupakan salah satu alat telekomunikasi terkini yang menjanjikan satu wadah penyebaran maklumat yang memantapkan ilmu dan pengetahuan . Berjuta – juta laman web telah diwujudkan disebabkan tiada siapa yang dapat mengawal perjalanan maklumat ini. Bermacam – macam maklumat sama ada benar atau salah , idea, idealogi , propaganda , dan tidak kurang juga pornography disebarkan melalui internet. Internet menjanjikan manusia hidup tanpa sempadan. Kebebasan maklumat yang dijanjikan oleh dunia siber ini menimbulkan rasa gerun bagi pihak pentadbir. Ini disebabkan oleh internet boleh membocorkan rahsia – rahsia sesebuah syarikat dengan mudahnya.

Keupayaan internet sebagai alat telekomunikasi jauh mengatasi alat –alat komunikasi yang ada sekarang. Bahan – bahan media seperti percetakan , telefon dan televisyen , penyebaran maklumatnya adalah satu hala dan tidak interaktif seperti internet. Melalui bahan media , sesuatu maklumat dikawal selia oleh peruntukan undang – undang. Hal ini berbeza dengan internet yang maklumatnya boleh disebarkan tanpa had. Sebagai contoh , di Malaysia , sebarang cetakan yang disebarkan kepada orang awam memerlukan permit yang sah. Peruntukan undang –undang yang sediaada seperti Akta Percetakan Akhbar dan Penerbitan 1984 membataskan maklumat – maklumat yang boleh dicetak dan diedarkan kepada orang ramai . Bahan media yang tradisional juga dibatasi oleh had geografi. Penyebaran buku dan makalah serta suratkhabar memerlukan kos ,tenaga manusia , infrastruktur jalan dan kemudahan kenderaan . Kesemua factor in imembataskan penyebaran maklumat dan pada masa yang sama memudahkan pengawalan maklumat.Perbezaan yang ketara antara kemudahan internet dan bahan media lain meransang lagi merebaknya jenayah computer ini.


CONTOH ALAT TELEKOMUNIKASI DUNIA MASA KINI






Selain itu,sifat ketamakan manusia dan keinginan untuk menjadi menjadi kaya dalam masa yang singkat merupakan penyumbang kepada jenayah computer ini. Sesetengah manusia hanya mementingkan hasilnya dan mereka tidak ambil peduliakan cara mereka mendapatkan hasil tersebut ,oleh itu mereka sanggup melakukan jenayah computer semata – mata untuk mendapatkan hasil dengan cepat.

Penawaran perkhidmatan melalui internet yang semakin bertambah merupakan salah satu penyumbang jenayah ini.Pihak bank berlumba – lumba menawarkan perkhidmatan on-line ataulebih dikenali sebagai perbankan internet dan mendapat sambutan yang hangat daripada pengguna .Walaupun pihak bank berkali-kali menyatakan bahawa keselamatan menjadi keutamaan mereka, hakikatnya masih ada pengguna yang mengadu kehilangan wang menerusi transaksi yang dijalankan tanpa disedari atas kesilapam yang dilakukan oleh pihak bank.

Di samping itu, sikap pengguna yang malaskini lebih mengutamakan kemudahan dan kepantasan ,gemar melakukan perkhidmatan melalui internet. Mereka dapat menjelaskan pelbagai bil ,menjalankan pembelian atau menjalan kantransak siang tanpa keluar dari rumah. Ini telah member peluang keemasan kepada orang ramai untuk melibatkan diri dalam jenayah computer demi mengaut keuntungan.Olehitu, lamam – laman web kini telah dicipta seolaholah untuk menghalalkan penipuan .

CONTOH-CONTOH JENAYAH KOMPUTER

1. Penipuan (computer)-dilakukan dengan mengubah rekod-rekod computer.

2. Spamming -menghantariklan yang tidak dikehendaki secara berlebihan ke dalam akaun emel mangsa.

3. Phising-menyamar sebagai laman web sah dan seterusnya memujuk mangsa mengklikpautan melalui emel yang seterusnya akan membawa bersama maklumat sulit pengguna.

4. Perisian pengintip- untuk mencuri maklumat mangsa dan untuk melancarkan tetingkap “pop-up” iklan secara berterusan.

5. Pencerobohan computer- memasuki,mengubah program atau data tanpa kebenaran.

6. Teknik Salami – perbuatan mencuri wang berulangkali pada kuantiti yang sangat kecil.

7. Kuda troy-judi siber

8. Cetak rompak

9. Pornography – pengiklanan seks.

10. Virus computer – memasukkan virus ke dalam computer dan menyebabkan sesuatu fail tidak berfungsi.Contohnya virus Michael angelo,virus Stoned dan sebagainya.

Sebagai kesimpulannya,kita tidak boleh mengharapkan semata-mata kepada undang –undang siber semata – mata untuk melindungi daripadaan caman jenayah computer ini. Dalam dunia tanpa sempadan ini ,serangan munkin dilakukan beribi –ribu jauh nyaatau daripada orang di sebelah kita dan amat malang sekali kita sukar mengenali siapa mereka. Lengkapkan diri kita dengan ilmu tentang computer dan mungkin kita boleh melindungi system computer kita dengan software yang ada di pasaran seperti anti-virus,firewall dan sebagainya.

Monday, August 2, 2010

Jenayah kolar putih

Nama:CHEW MEN CUI

No. Matrik:206681


Jenayah kolar putih atau dikenali sebagai jenayah ekonomi ialah jenayah yang dilakukan oleh golongan profesional yang terhormat dan berstatus tinggi dalam pekerjaannya.Jenayah ini semakin berleluasa kerana dilakukan secara halus dan sukar dikesan.Pekerjaannya telah memberi kesempatan kepada mereka untuk melakukan jenayah seperti pencurian identity,pelesapan wang, ,jenayah computer,pemalsulan dan rasuah.Jenayah yang pecah amanah ini telah menjejaskan imej Negara dan keselamatan social.

Punca-punca peningkatan jenayah kolar putih ialah kelonggaran undang-undang.Penguatkuasaan undang-undang yang lemah dalam system perundangan Negara kita tentang jenayah ini seperti mengenakan hukuman yang tidak setimpal dengan jenayah mereka.Contohnya,tindakan mahkamah mengenakan hukuman ringan kepada pesalah-pesalah rasuah iaitu jumlah hukuman yang lebih rendah berbanding dengan jumlah rasuah yang mereka diperoleh telah memberikan satu pandangan negative terhadap keupayaan system kehakiman kita untuk menangani isu ini.Mengenakan hukuman yang ringan ini tentu akan menjadi motivasi mereka untuk mengambil risiko melakukan rasuah kerana mereka sedar selepas keluar dari penjara,mereka masih mampu menikmati hasil rasuah yang diambil oleh mereka.Lain-lain punca ialah kekurangan keimanan,kelonggaran
prosedur kerja.

Kesan-kesan perbuatan jenayah ini akan merosakkan ekonomi sesebuah Negara ,menjatuhkan kepercayaan terhadap kerajaan atau individu dan menghambat pembangunan sesebuah Negara.Hal ini turut menyebabkan prestasi kewangan organisasi komersial Negara dan sector ekonomi lain seperti pembuatan,perlancongan dan hartanah terjejas.Penjejasan ekonomi ini telah mengakibatkan kerugian sebanyak RM546,114,099 dan dijangka akan meningkat lagi sekiranya tidak dibendung.

Langkah-langkah yang berkesan memdendung jenayah ini ialah perlu mempunyai kawalan prosedur yang ketat.Prosedur kerja awam yang ketat seperti kuasa kelulusan tender atau lessen harus melalui pelbagai peringkat untuk mengelakkan menyalahgunaan kuasa.Dengan itu,tiada pegawai tinggi yang berkuasa tinggi dalam sesuatu kekuasaan.Selain itu,penguatkuasaan undang-undang juga akan mengatasi masalah itu.Hukum hukuman yang berat seperti penjara minimum 5 tahun hingga 20 tahun atau denda sebanyak minimum RM20000 atau 5 kali ganda yang mana lebih tinggi akan menakutkan bakal penjenayah.Dengan itu,mereka akan memikirkan kesan buruk kegiatan mereka.Hal ini kerana sekiranya mereka tertangkap dan tersabit kesalahan,mereka akan hilang segala-galanya.


Kesimpulannya,masalah jenayah yang mengancam masyarakat dan Negara tidak boleh dibanteras tanpa kerjasama semua pihak.Keberkesanan system perundangan merupakan factor penting dalam membanteras fenomena tersebut.

sumber maklumat:internet

Jenayah Rumahtangga

NAMA : MASNIZA BINTI MOHD NASIR

NO MATRIK :206716

Keganasan rumah tangga merupakan suatu tindakan yang mempunyai niat mencederakan atau membunuh orang lain.Manakala takrif keganasan rumahtangga menurut Akta Keganasan Rumahtangga 1994 pula ialah suatu tindakan menyebabkan kecederaan, penderaan seksual, meletakkan mangsa dalam keadaan ketakutan dan kerosakan harta benda.Antara penderaan yang dilakukan penjenayah ialah penderaan fizikal dan mental, pencabulan, penganiayaan dan pembunuhan.Perlakuan ini telah melanggar perundangan negara serta hak asasi manusia.Lazimnya sebanyak 80% kes keganasan rumahtangga menyebabkan kecederaan fizikal.

Mangsa keganasan rumahtangga ini boleh berlaku kepada sesiapa sahaja yang bergelar isteri atau suami mahupun anak-anak.Mangsa penderaan rumahtangga boleh dikenalpasti melalui beberapa ciri yang dispesifikasikan.Mereka adalah mangsa jenayah rumahtangga jika penderaan yang dilakukan oleh suami atau isteri yang melibatkan penderaan mental.Ciri kedua ialah mereka sering dipukul sehingga menyebabkan kecederaan.Selain itu pasangan mereka pernah melakukan cubaan untuk membunuh anda atau terdapat penyataan niat untuk membunuh dan mempunyai tanda-tanda yang kuat untuk membunuh mereka. Mengambil harta secara paksa atau tanpa pengetahuan.Perkara ini basanya dialami oleh kaum isteri.Anak yang dirogol iaitu kejadian sumbang muhrim, atau anak yang di bawah umur dibiarkan tanpa penjagaan orang dewasa.

Jenayah ini terbahagi kepada tiga iaitu jenayah terhadap suami, jenayah terhadap isteri

dan jenayah terhadap anak-anak.Terdapat pelbagai faktor yang boleh mendorong kepada kegiatan jenayah jenis ini.Faktor utama ialah personaliti ibubapa.Mereka suami atau isteri kurang bersedia menghadapi tanggungjawab.Misalnya jenayah penganiayaan terhadap isteri atau anak.Ibu bapa yang tidak mendapat pendidikan agama yang sempurna, penagihan dadah, arak dan kaki judi.Sifat tidak dapat menahan nafsu dan perasaan seperti jenayah sumbang muhrim.Isteri yang kuat berleter dan banyak mulut juga merupakan antara faktor jenayah ini terjadi.Kedudukan kewangan yang tidak kukuh juga boleh menjadi punca kapada jenayah rumah tangga kerana akan menyebabkan suami tertekan dan seterusnya melepaskan perasaan dengan memukul isteri atau anak.Suami yang ego iaitu isteri dan anak-anak harus mendengar kata-katanya, ketidakpuasan dalam hubungan kelamin serta keadaan fizikal anak dan isteri yang lemah dan tidak upaya mudah untuk dianiya.

Antara faktor lainnya ialah personaliti anak itu sendiri.Tabiat anak yang kerap menangis dan nakal, anak berpakaian kurang sopan di hadapan ahli kelaurga lain boleh menyebabkan ibu bapa hilang pertimbangan dan seterusnya berlaku penderaan.Walaupun pada dasarnya mereka hanya mahu mengajar anak, namun perbuatan yang berlebihan akan menyebabkab ia dianggap penderaan.Anak-anak diasuh oleh orang lain kadang-kala akan menunjukkan rasa benci pada ibubapa.

Selain itu, campur tangan keluarga antara faktor berlakunya kejadian jenayah rumahtangga.Jiwa suami, isteri atau anak yang tertekan boleh melakukan perkara jenayah seperti membunuh, mendera dan sebagainya.Kaum wanita takut untuk tampil memberi laporan kerana berkemungkinan akan menghadapi tekanan sosial dari masyarakat, takut akan ancaman suami dan keluarga, risau jatuhkan maruah suami dan keluarga serta masalah kewangan.Tiada sesiapa yang akan memberi nafkah jika suami mereka tertangkap atau takut diceraikan.Masyarakat yang kurang prihatin akan menyebabkan jenayah rumahtangga seseorang itu berterusan kerana Si penjenayah tidak dikenakan sebarang tindakan.Mereka akan meneruskan perbuatan tersebut dengan berani.Hubungan kekeluargaan yang renggang dan sifat tidak mengambil tahu akan perihal anak mereka akan menyebabkan penderaan tidak dapat dikesan dengan segera.

Implikasi kejadian ini akn menyebabkan mangsa penderaan mengalami gangguan emosi dan mental,mereka kurang upaya gembirakan diri dan sentiasa merasa bersalah.Mangsa tidak dapat merasa kasih sayang daripada individu yang sepatutnya melindungi mereka dan akan sentiasa merasa harga diri mereka rendah.Perkembangan mental mangsa khasnya kanak- kanak akan terencat.Peringkat paling teruk ialah percubaan untuk membunuh diri atau hilang ingatan.

Kesan Fizikal yang boleh dilihat dari luaranialah terdapat lebam, luka-luka, pendarahan dan parut-parut.Pembantutkan kesihatan dan perkembangan kanak-kanak serta mereka tidak mementingkan kesihatan diri dan keadaan fizikal kurang teratur.Manakala hubungan interaksi dengan orang lain akan terhakis dan seterusnya menjadi pendiam.mereka akan sentiasa merasa syak dengan orang lain.Pada peringkat yang teruk, mangsa akan cuba melarikan diri.Daripada seorang yang periang. Mereka akan bertukar karekter menjadi seorang yang sensitif dan sentiasa berada dalam kemurungan.Terdapat juga individu itu berubah menjadi pemarah dan cuba menjauhkan diri dari berinteraksi dan mengelakkan diri dari berjumpa orang ramai.

Setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiaanya.Dari skop diri atau individu.Manusia perlu bersedia untuk memikul tanggungjawab berkeluarga, mempelajari ilmu pengetahuan dengansempurna, dan mengubah sikap menjadi lebih baik.Dari segi keluarga atau institusi keluarga, mereka perlu membantu ahli keluarga yang bermasalah dengan memberi nasihat, bimbingan dan tunjuk ajar, meminta bantuan luar jika jenayah berterusan serta memberi kasih sayang dan sikap ambil tahu.Pendidikan yang sempurna juga amat penting.Kelab atau persatuan dalam komuniti juga perlu untuk memantau sendiri permasalahan komuniti.

Akhir sekali,badan kerajaan juga perlu memainkan peranan.Golongan ini amat penting kerana mereka mempunyai kuasa.Badan kerajaan boleh memberi pendidikan peringkat tinggi kepada rakyat supaya orang ramai mengambil berat mengenai perkara ini.Hal ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia boleh menjadi virus kepada kemusnahan negara.Pihak polis perlu mengambil berat kes yang dilaporkan agar ia tidak dipandang remeh.Walaupun menurut perundangan pesalah boleh didenda RM4000 atau penjara tidak melebihi setahun, namun pelaku jenayah ini semakin hari semakin meningkat.Oleh itu, hukuman sekarang masih tidak boleh menakutkan mereka dan hukuman ini perlulah ditingkatkan.